Sunday, July 25, 2010

Takrifan

TAHUKAH ANDA…???

Perkataan statistik berasal dari perkataan Latin moden frasa statisticum collegium (syarahan mengenai keadaan semasa), yang mana perkataan bahasa Itali perkataan statista, yang bererti "negarawan" atau "ahli politik".



TAKRIF STATISTIK..???

Menurut Kamus Pelajar (Edisi Ke-2), statistik ialah:

1) Keterangan tentang sesuatu yang ditunjukkan dengan angka;catatan angka-angka; perangkaan

2) Ilmu pengetahuan tentang sesuatu yang penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dalam bentuk angka-angka atau bilangan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) pula, statistik dapat didefinisikan sebagai:

1) Catatan angka-angka atau bilangan, butir-butir (keterangan) yang ditunjukkan dengan angka, perangkaan;

2) Cabang pengetahuan yang berkaitan dengan sesuatu yang didasarkan kepada bukti-bukti dalam bentuk angka atau bilangan










Bidang yang melibatkan statistik:

Ø Astronomi

Ø Biologi

Ø Sosiologi

Ø Psikologi

Ø Perniagaan

Ø Ekonomi

Ø Industri



Kegunaan statistik:

1) Mengumpul data

2) Menghitung data

3) Menganalisis data

4) Mempersembahkan data

5) Mentafsir data

6)Membuat kesimpulan umum dan bermakna berdasarkan data yang terkumpul

7) Memudahkan membuat keputusan

8) Membantu dalam membuat perancangan


APAKAH KECENDERUNGAN SUKATAN MEMUSAT….????

Kecenderungan sukatan memusat ialah suatu sukatan yang memperihalkan penumpuan sekumpulan data pada nilai tertentu. Terdapat 3 jenis sukatan kecenderungan memusat iaitu:

a) Min

b) Mod

c) Median


APA KATA ANDA TENTANG MIN…???

Kamus Pelajar (Edisi Ke-2) menyatakan bahawa min ialah nombor (hasil) yang diperoleh dengan membahagikan jumlah keseluruhan angka dalam sesuatu set dengan banyaknya bilangan angka itu; purata; hitung panjang.

Min menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-4) pula ialah nilai hitung panjang (pukul rata) bagi sesuatu set nombor



MOD PULA..???

Mod adalah cerapan yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam suatu set data. Menurut Kamus Dewan, mod ialah nilai atau nombor yang paling banyak kali wujud dalam sesuatu siri pemerhatian atau data statistik.


TAKRIFAN MEDIAN

Median merupakan nilai tunggal yang berada di tengah-tengah sesuatu set data setelah set data disusun mengikut tertib dan dibahagi kepada 2 bahagian. (sekiranya jumlah data, N adalah genap)

Sekiranya N genap, median adalah pada cerapan ke ((N+1)/2)

4 comments:

  1. JAMIZAN BIN JAMIL

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...
    Saya ingin mengucapkan syabas di atas analisis yang telah disiapkan. Saya ingin memberi pendapat, mungkin adalah lebih baik sekiranya di bahagian carta aliran diletakkan tajuk atau topik. Carta aliran kumpulan anda tidak tersusun dan agak mengelirukan.

    Selain itu analisis anda tidak dinyatakan perkaitan di antara topik yang anda pilih dengan topik-topik lain dalam sukatan pelajaran matematik sekolah menengah.

    Saya harap anda dapat menerima cadangan saya untuk kebaikan pembelajaran kita bersama.

    wasalam...

    ReplyDelete
  2. terima kasih dia atas keprihatinan saudara dalam memberikan cadangan kepada pihak kami..sebenarnya untuk pengetahuan saudara, kami telah sertakan sekali perkaitan topik kami dengan topik-topik lain dalam sukatan pelajaran matematik sekolah menengah. saudara boleh lihat dalam peta konsep statistik dimana di bahagian ini ada menunjukkan subtopik yang berkaitan...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat... dengan ini saya dapat menyiapkan kerja projek saya.. terima kasih sekali lagi....

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas maklumat ini ..

    ReplyDelete